persatuan penyelidikan air dan tenaga malaysia (AWER)
 
ID Pengguna
Katalaluan
 
 
  Ingat Saya
  Lupa Katalaluan?
 
Selamat datang ke CLICK kepada Gaya Hidup Rendah Karbon.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Tinggi British (British High Commission), Kuala Lumpur dalam memberikan sokongan kepada kami bagi bahagian pertama pengembaraan kami dalam CLICK.

Sebagai satu Badan Bukan Kerajaan (NGO) penyelidikan, AWER ingin menjadi inovatif dan kreatif dalam membantu rakyat Malaysia mengamalkan Gara Hidup Rendah Karbon. Memberikan tip-tip sentiasa dilihat sebagai cara yang mudah untuk mendidik orang ramai. Walau bagaimanapun, untuk mengambil selangkah ke hadapan ke dalam kerumitan masalah atau situasi yang dihadapi oleh pengguna dan perniagaan dalam menjadi cekap tenaga adalah sebenarnya pengalaman yang mencabar.

CLICK hanyalah satu permulaan. Portal ini akan berkembang menjadi one-stop-centre untuk gaya hidup rendah karbon. Alat Rendah CO2 (Low CO2 Tool) pertama yang dibangunkan oleh AWER dikenali sebagai Tangkap si Pencuri (Click d’ Thief). Ini adalah kalkulator atas talian yang akan membantu kita untuk mengaudit penggunaan elektrik kita serta carbon footprint.

Di samping itu, AWER juga akan menghasilkan laporan kedudukan (ranking report) barangan elektrik dan elektronik yang terpilih secara berkala. Kajian-kajian ini akan membantu orang ramai untuk memilih produk yang paling cekap tenaga dari pasaran.

Orang ramai dan perniagaan juga digalakkan untuk CLICK dengan Kita (satu Akujanji untuk Gaya Hidup Rendah Karbon) dan berkongsi pengalaman kejayaan anda. Ini juga akan membolehkan anda untuk mendapatkan maklumat terkini seperti laporan kedudukan produk elektrik.

Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, ini adalah sebuah portal yang sedang berkembang. Kami akan menyediakan lebih banyak alat (tool) dan bantuan bagi membolehkan rakyat Malaysia untuk CLICK kepada Gaya Hidup Rendah Karbon!

Bookmark laman kami.

Terima kasih.


Piarapakaran S.
Presiden
AWER

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Dianjurkan oleh:               
 
          Disokong oleh:
                  
British High Commission, Kuala Lumpur

Disclaimer:
This portal and the Materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The Association of Water and Energy Research Malaysia (AWER) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this portal. Organisations or Agencies referred to in this web site shall not be construed as agents nor as institution recommended by Association of Water and Energy Research Malaysia (AWER).
Notis Hak Cipta | Terma dan Syarat | Hubungi Kami | Peta Laman