suruhanjaya tinggi british, kuala lumpur
 
ID Pengguna
Katalaluan
 
 
  Ingat Saya
  Lupa Katalaluan?
 

Kepada pengguna CLICK,

Pertama sekali, saya mengalu-alukan anda ke portal web baru dan menggemparkan ini yang dihasilkan oleh Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) di mana ia juga sangat berguna dalam kehidupan seharian anda. Sekirannya anda ingin mengira penggunaan tenaga dan pelepasan karbon (carbon footprint) daripada perkakas dan alat elektrik anda, sekarang anda dapat lakukannya dengan hanya satu klik dari CLICK. Saya telah menggunakannya sendiri, saya ingin menggalakkan anda mencubanya!

Suruhanjaya Tinggi British (British High Commission) berasa gembira untuk menaja AWER dalam menghasilkan portal web ini melalui skim Prosperity Fund kami. Membantu untuk mengurangkan kesan perubahan iklim di seluruh dunia adalah agenda penting bagi kerajaan UK. Kami melakukan ini dalam pelbagai cara di kebanyakan negara-negara di mana kita diwakili. Maka, kita berasa amat gembira bahawa AWER telah memilih cara yang inovatif dan interaktif dalam menyampaikan produk ini kepada orang ramai di Malaysia.

Walaupun projek berfokuskan rakyat ini kecil tetapi ia penting dalam memaparkan bagaimana semua lapisan masyarakat boleh memainkan peranan mereka untuk menjadi cekap tenaga di mana cekap tenaga adalah salah satu kaedah dalam mencapai gaya hidup rendah karbon.

Portal web ini adalah alat rendah karbon (low carbon tool) yang sebenar yang dibangunkan untuk membantu rakyat Malaysia, dan kami berasa gembira dapat turut serta dengan pembangunannya. Ciri utama portal ini, Tangkap si Pencuri (Click d’ Thief) adalah kalkulator yang membantu orang awam serta entiti perniagaan untuk menjalankan audit penggunaan tenaga yang mudah dan pengenalpastian carbon footprint. Ia adalah satu cara yang inovatif untuk membantu orang ramai dan perniagaan untuk mengira dan membuat keputusan mengenai penggunaan dan pembelian peralatan elektrik mereka dan juga penggunaan tenaga yang berkaitan dan jumlah pelepasan carbon.

Kami berharap portal atas talian (online) ini akan menjadi alat yang penting bagi rakyat Malaysia serta mempamerkan teladan kepada negara-negara lain di seluruh dunia untuk mencontohi.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AWER dalam kejayaan mereka membangunkan portal web ini. Saya berharap CLICK akan berkembang sebagai alat atas talian (online tool) yang penting untuk sesiapa yang ingin menjadi cekap tenaga dalam kehidupan seharian mereka. Jadi, mula CLICK secara percuma mulai hari ini!

Terima kasih.


Simon Featherstone
Pesuruhjaya Tinggi
Suruhanjaya Tinggi British, Kuala Lumpur

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Dianjurkan oleh:               
 
          Disokong oleh:
                  
British High Commission, Kuala Lumpur

Disclaimer:
This portal and the Materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The Association of Water and Energy Research Malaysia (AWER) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this portal. Organisations or Agencies referred to in this web site shall not be construed as agents nor as institution recommended by Association of Water and Energy Research Malaysia (AWER).
Notis Hak Cipta | Terma dan Syarat | Hubungi Kami | Peta Laman