click
 
ID Pengguna
Katalaluan
 
 
  Ingat Saya
  Lupa Katalaluan?
 

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan beberapa siri perundingan secara pasif, aktif dan interaktif mengenai Gaya Hidup Rendah Karbon dengan pelbagai pihak berkepentingan. Hasil kajian telah dikaji dengan teliti dan dipadankan dengan rancangan jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang. Model pelaksanaan ini dikodkan sebagai 3C50 adalah perancangan yang terperinci yang dibangunkan oleh AWER untuk membantu Malaysia dalam mencapai Gaya Hidup Rendah Karbon.

Untuk menjalani gaya hidup rendah karbon, semua lapisan masyarakat dan perniagaan memerlukan alat (tool) dan bantuan. AWER telah mewujudkan CLICK kepada Gaya Hidup Rendah Karbon, satu platform atas talian (online) untuk rakyat Malaysia supaya dapat membuat langkah yang lestari dengan lebih mudah.

Kami berterima kasih kepada Suruhanjaya Tinggi British, Kuala Lumpur (British High Commission, Kuala Lumpur) dan Kerajaan UK dalam menyokong pelaksanaan bahagian pertama pelan 3C50 kami ini.

BELANJAWAN 2017- KOMEN-KOMEN OLEH AWER

SIARAN MEDIA - 25 OKTOBER 2016 (SELASA) BELANJAWAN 2017- KOMEN-KOMEN OLEH AWER Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia telah mengkaji perincian belanjawan 2017 yang disediakan oleh Kementerian Kewangan dan telah membandingkannya dengan Rancangan Malaysia ke (RMK) 9, 10 dan 11. Komen terperinci.... Baca Lagi..

KERAJAAN TIDAK BOLEH MENGULANGI RUNDINGAN TERUS YANG BERLAKU SEMASA ERA DR MAHATHIR BAGI LOJI JANAKUASA YANG MELAHIRKAN PENJANA-PENJANA BEBAS GENERASI PERTAMA YANG "KEJAM"

SIARAN MEDIA - 04 OGOS 2016 (KHAMIS) KERAJAAN TIDAK BOLEH MENGULANGI RUNDINGAN TERUS YANG BERLAKU SEMASA ERA DR MAHATHIR BAGI LOJI JANAKUASA YANG MELAHIRKAN PENJANA-PENJANA BEBAS GENERASI PERTAMA YANG "KEJAM" Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin menegaskan kepentingan proses.... Baca Lagi..

SIARAN MEDIA : KERAJAAN MESTI TELUS DALAM PENETAPAN TARIF ELEKTRIK

SIARAN MEDIA : 26 JUN 2016 (AHAD) KERAJAAN MESTI TELUS DALAM PENETAPAN TARIF ELEKTRIK Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin menegaskan kepentingan ketelusan dalam penetapan tarif elektrik dan kos bahan api. Gas asli berpaip ditetapkan pada harga RM 15.20 bagi setiap mmBTU bagi.... Baca Lagi..

PENGGUNA TERPAKSA MENANGGUNG KOS TAMBAHAN DI ANTARA RM 11.2 BILION DAN RM 15.4 BILION DISEBABKAN KEMELUT TRACK 4A & 4B

SIARAN MEDIA - 28 APRIL 2016 (KHAMIS) PENGGUNA TERPAKSA MENANGGUNG KOS TAMBAHAN DI ANTARA RM 11.2 BILION DAN RM 15.4 BILION DISEBABKAN KEMELUT TRACK 4A & 4B 1. Track 4A - Kegagalan Berterusan Untuk Memuktamadkan Sumber Kewangan (Financial Close) Kedua-dua Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA telah menggunakan.... Baca Lagi..

ADAKAH LOJI-LOJI JANAKUASA SUDAH MENJADI CENDERAHATI (DOOR GIFTS)?

SIARAN MEDIA - 07 MAC 2016 (ISNIN) ADAKAH LOJI-LOJI JANAKUASA SUDAH MENJADI CENDERAHATI (DOOR GIFTS)? 1. PERMINTAAN TENAGA ELEKTRIK SEMENANJUNG MALAYSIA Jadual 1 menunjukkan peningkatan permintaan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia dari tahun kewangan 2011 hingga 2015. Ia terbukti bahawa peningkatan.... Baca Lagi..

1 2 3 ... »
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Dianjurkan oleh:               
 
          Disokong oleh:
                  
British High Commission, Kuala Lumpur

Disclaimer:
This portal and the Materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The Association of Water and Energy Research Malaysia (AWER) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this portal. Organisations or Agencies referred to in this web site shall not be construed as agents nor as institution recommended by Association of Water and Energy Research Malaysia (AWER).
Notis Hak Cipta | Terma dan Syarat | Hubungi Kami | Peta Laman