Dapur
 
ID Pengguna
Katalaluan
 
 
  Ingat Saya
  Lupa Katalaluan?
 

Peti Sejuk / Peti Sejuk Beku (freezer)

  • Laraskan termostat peti sejuk / peti sejuk beku ke tetapan yang disyorkan. Penyejukan peti sejuk / peti sejuk beku secara berlebihan hanya membazir tenaga elektrik.

  • Jangan letakkan makanan panas terus ke dalam peti sejuk / peti sejuk beku. Biarkan ianya sejuk terlebih dahulu sebelum meletakkan ia di dalam peti sejuk atau peti sejuk beku.

  • Tutup cecair dan balut makanan yang disimpan di dalam peti sejuk. Kelembapan dari makanan yang tidak tertutup akan terlepas dan menyebabkan kompresor berkerja lebih kuat. Ini akan meningkatkan penggunaan tenaga elektrik.

  • Peti sejuk perlu 2/3 penuh dan peti sejuk beku perlu 3/4 penuh. Jangan meletakkan bebanan lebih kerana ia akan menghalang udara sejuk beredar secara bebas.

  • Buat keputusan mengenai apa yang anda mahu sebelum membuka pintu peti sejuk / peti sejuk beku. Pembukaan yang kerap akan menyebabkan kesejukan berkurangan (hampir 1/3 daripada udara sejuk akan hilang pada setiap pembukaan). Ini akan menyebabkan penggunaan elektrik yang lebih tinggi untuk menyejukkan peti sejuk / peti sejuk beku setiap kali ia dibuka.

  • Pastikan pintu ditutup dengan rapat. Uji pintu dengan menutup pintu di atas sekeping kertas supaya separuh helai kertas adalah berada di luar dan bakinya berada di dalam peti sejuk / peti sejuk beku. Jika anda boleh tarik kertas dengan mudah, anda mungkin perlu melaraskan engsel atau menggantikan magnet pada pintu.

  • Peti sejuk / peti sejuk beku mesti diletakkan berjauhan daripada sumber haba seperti cahaya matahari langsung, periuk dan oven.

  • Pastikan terdapat ruang yang mencukupi di sekeliling peti sejuk / peti sejuk beku (5 sentimeter atau sebagaimana yang ditetapkan oleh pengilang). Ini akan membolehkan haba untuk terlepas dari pemampat dan gegelung kondensasi.

  • Penyelenggaraan peti sejuk / peti sejuk beku anda adalah penting. Kerap membersihkan gegelung kondensasi. Nyah fros (defrost) berdasarkan syor pengilang.


Mesih Basuh

  • Basuh dengan muatan penuh dan ia akan menjimatkan tenaga elektrik.

  • Cuci pakaian dalam air sejuk (air paip). Sesetengah mesin basuh terdapat fungsi pemanas air. Ini tidak perlu kerana air di negara kita cukup panas untuk pembasuhan yang berkesan.

  • Gunakan cahaya matahari untuk mengeringkan pakaian kita berbanding dengan pengering pakaian. Penggunaan kuasa pengering pakaian adalah sekitar 898 kWj setahun (paling cekap) hingga 950 kWj setahun (kurangnya cekap) untuk 416 beban keringan setahun (berdasarkan penilaian Energuide US). Ini akan menyebabkan kos elektrik tambahan sekitar RM 195.76 - RM 207.10 setahun berdasarkan tarif terendah. Anda boleh mengeringkan pakaian secara mudah dan percuma dengan menggunakan cahaya matahari. Meletakkan pakaian dalam pengering akan memecahkan fabrik dan memudarkan fabrik dengan lebih cepat berbanding dengan pendedahan kepada cahaya matahari. [Tarif Elektrik Terendah: RM 0.218/kWh]


Seterika

  • Mulakan dengan pakaian yang memerlukan suhu yang rendah dan elakkan pemanasan semula seterika.

  • Seterika pakaian dalam kuatiti yang banyak sekali gus.

  • Matikan seterika dan menggunakan baki kepanasan untuk pakaian yang halus (atau yang tidak memerlukan haba tinggi).


Memasak

  • Dapur gas dan dapur induksi menggunakan lebih banyak tenaga untuk mendidih air berbanding dengan cerek elektrik.
  • Penggunaan periuk kecil dengan api yang lebih besar adalah tidak cekap untuk dapur gas. Ia akan menyebabkan kehilangan haba yang lebih tinggi. Oleh itu, memasak dengan peralatan bersaiz betul adalah penting untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga haba.
  • Cerek elektrik yang mempunyai elemen pemanasan rata mencapai kecekapan pemanasan yang rendah dan kos pembeliannya adalah beberapa kali lebih tinggi daripada cerek elektrik bergegelung. Jika anda selalu mendidih air dengan kuantiti yang tinggi, ia adalah dinasihatkan agar anda menggunakan cerek elektrik bergegelung kerana kecekapannya adalah hampir sama dengan cerek elektrik yang mempunyai elemen pemanasan rata dan ia boleh dibeli dengan harga yang lebih murah. Tambahan pula, cerek elektrik bergegelung panjang dan cerek elektrik bergegelung dengan kapasiti besar mempunyai kecekapan pemanasan yang lebih tinggi sikit berbanding dengan cerek elektrik bergegelung pendek semasa mendidih air.
  • Membancuh minuman panas tidak memerlukan air dengan suhu 100°C. Anda boleh menyimpan air panas yang telah dididih dalam termos air panas untuk membolehkan akses cepat ke air panas apabila anda memerlukannya. Ini adalah amalan lama yang telah dilupakan oleh ramai orang. Perlu diingati, menggunakan cerek elektrik yang mempunyai elemen pemanasan rata untuk mendidih 1 cawan atau 2 cawan air akan membazir tenaga dan mengulangi perkara ini beberapa kali sehari hanya akan meningkatkan kos bil elektrik anda.
Contoh cerek elektrik
bergegelung pendek
Cerek elektrik bergegelung pendek
 
Contoh cerek elektrik
bergegelung panjang
Cerek elektrik bergegelung panjang
Contoh cerek elektrik
bergegelung dengan kapasiti
besar
Cerek elektrik bergegelung dengan kapasiti besar
 
Contoh Termos air panas
(Thermal flask)
Termos air panas
Contoh cerek elektrik logam
dengan elemen pemanasan
rata
Cerek elektrik logam dengan elemen pemanasan rata
 
Contoh cerek elektrik polimer
(plastik)dengan elemen
pemanasan rata
Cerek elektrik polimer dengan elemen pemanasan rata


Lain-lain

  • Elakkan membuka pintu ketuhar semasa memasak.

  • Pastikan mesin basuh pinggan-mangkuk (dishwasher) anda sentiasa penuh sebelum menggunakannya.
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Dianjurkan oleh:               
 
          Disokong oleh:
                  
British High Commission, Kuala Lumpur

Disclaimer:
This portal and the Materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The Association of Water and Energy Research Malaysia (AWER) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this portal. Organisations or Agencies referred to in this web site shall not be construed as agents nor as institution recommended by Association of Water and Energy Research Malaysia (AWER).
Notis Hak Cipta | Terma dan Syarat | Hubungi Kami | Peta Laman