OBJEKTIF-OBJEKTIF
Berdasarkan model 3C50 yang dibangunkan oleh AWER, objektif-objektif langkah pertama adalah:
- Untuk memulakan perkongsian maklumat mengenai kecekapan dan penjimatan tenaga elektrik
- Untuk menyediakan Alat Rendah CO2 (Low CO2 Tool) – audit asas penggunaan tenaga
- Untuk menyediakan kedudukan (ranking) peralatan berdasarkan kecekapan dan kelestarian
- Untuk menggalakkan rakyat dan perniagaan mengurangkan pelepasan karbon secara strategik
- Untuk memastikan penambahbaikan berterusan
TEMA
CLICK to Low Carbon Lifestyle (CLICK kepada Gaya Hidup Rendah Karbon)
Tema CLICK adalah satu idea di mana kita menyeru satu ‘clique (kumpulan)’ orang untuk bergerak ke arah gaya hidup rendah karbon. Mereka akan dibantu oleh maklumat-maklumat yang boleh didapati dengan satu CLICK sahaja.