Bilik
 
ID Pengguna
Katalaluan
 
 
  Ingat Saya
  Lupa Katalaluan?
 
Penghawa dingin
  • Penghawa dingin menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik di sesetangah rumah. Untuk peredaran udara, kipas angin boleh menjadi satu penyelesaian segera. Kipas secara umumnya menggunakan 3% - 10% tenaga elektrik yang digunakan oleh penghawa dingin. Anda boleh menjimatkan sejumlah wang yang besar melalui kaedah ini.

  • Lebih rendah tetapan suhu, lebih tinggi tenaga elektrik yang akan digunakan oleh penghawa dingin anda. Jika anda menggunakan penghawa dingin, tetapkan suhu pada kira-kira 24oC - 26oC. Meningkatkan tetapan suhu sebanyak 3oC boleh mengurangkan kos elektrik anda sebanyak 30%.

  • Pertimbangkan untuk meletakkan pembahagi atau partisyen (partition) supaya anda menyejukkan ruangan yang lebih kecil dan lebih tertumpu. Isipadu udara yang perlu disejukkan adalah berkadar terus dengan bil elektrik anda. Cuba meminimumkan kepada kawasan yang diperlukan sahaja.

  • Matikan penghawa dingin setengah jam lebih awal dengan menggunakan timer. Anda boleh menjimatkan kira-kira RM 35 setahun. [Berdasarkan Penggunaan Tenaga Penghawa Dingin: 900 Watt, Tarif Elektrik Terendah: RM 0.218/kWj]

  • Periksa penapis udara penghawa dingin sebulan sekali serta bersihkan atau menggantikannya bila perlu. Penapis tersekat akan mengurangkan aliran udara dan membuat penghawa dingin tidak cekap tenaga.

  • Menyelenggara unit penghawa dingin anda secara berkala. Selain penapis udara, keadaan komponen lain dalam penghawa dingin (seperti cecair penyejuk, paip dan motor) juga memberi kesan kepada kecekapannya.

  • Elakkan daripada menggunakan peralatan yang banyak melepaskan haba di dalam bilik berhawa dingin.

  • Satu garis panduan mudah bagi saiz beban penghawa dingin. Jangan memasang penghawa dingin yang berlebihan atau kekurangan kapasiti. Ia akan meningkatkan penggunaan elektrik anda.
 Saiz Bilik 
 Bebanan penghawa dingin
(Kuasa Kuda [horse power])
 12 x 12 kaki
 <.0
 14 x 14 kaki   
 1.0 - 1.5
 14 x 16 kaki   
 1.5
 15 x 16 kaki    1.5 - 2.0
 18 x 18 kaki  2.0 - 2.5
 21 x 21 kaki 
 2.5 - 3.0
 

Pemanas Air Mandian (Bilik Air)
  • Jika anda mempunyai pemanas air jenis tangki simpanan, hidupkannya kira-kira 20 minit sebelum mandi, dan matikannya selepas guna. Meninggalkannya beroperasi tanpa digunakan hanya membazir tenaga elektrik.

  • Pemanas air jenis solar boleh menggantikan keperluan untuk air panas dengan mudah. Anda boleh mendapatkan balik pelaburan anda di antara 4 - 5 tahun bagi penggunaan biasa (sekitar 3 orang per isi rumah) dan 3 - 4 tahun bagi penggunaan yang tinggi (sekitar 5 orang per isi rumah). Pemanas air jenis solar akan terus membekalkan air panas tanpa kos elektrik tambahan untuk anda. Jika diselenggara dengan baik, pemanas air jenis solar boleh beroperasi lebih daripada 15 tahun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Dianjurkan oleh:               
 
          Disokong oleh:
                  
British High Commission, Kuala Lumpur

Disclaimer:
This portal and the Materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. The Association of Water and Energy Research Malaysia (AWER) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this portal. Organisations or Agencies referred to in this web site shall not be construed as agents nor as institution recommended by Association of Water and Energy Research Malaysia (AWER).
Notis Hak Cipta | Terma dan Syarat | Hubungi Kami | Peta Laman